The Truth Revealed

Thursday, March 7, 2013

Puak Hitler dan Propaganda Goebbels

by SAKMONGKOL AK47

Saya harap rakyat kita memelihara kewarasan mereka dari dijangkiti penyakit gila babi pemimpin UMNO. Dalam sejarah politik negara kita, menggilakan seseorang pernah terjadi bila seorang pemimpin mahu mengahwini seorang wanita yang ketika itu isteri seorang lain.

Jangan tutup kelemahan dan kelembapan dengan mengalih pandangan dari isiu yang sebenar nya.
Berapa anggota keselamatan kita yang sudah terbunuh? Setakat ini dilapurkan 8 orang. Jika semua mereka orang Melayu yang beragama Islam kita ucapkan takziah dan sedekahkan Al Fatihah. Kalau ada yang gugur bukan beragama Islam, intensity kesedihan kita tetap sama. Merasa sedih dan simpati kepada mereka yang gugur adalah perasaan yang bukan dimonopoli oleh orang UMNO dan penyokong mereka. Janganlah berlagak sombong merasakan hanya puak UMNO sahaja yang boleh merasakan demikian.

Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor memperuntukkan sebahagian dana untuk keluarga yang meninggal. Gesture ini tidak dapat mengembalikan nyawa yang sudah hilang, tapi sedikit senbanyak mengurangkan kepedihan yang ditanggung melalui memperlihatkan kepedulian dan kepekaan.
Apa yang menyebabkan perajurit dan rakyat kita terdedah kepada ancaman nyawa dan harta benda? Tentu sekali bukan kerana tuduhan dan cerita dongeng yang Tian Chua menghina tentera kita. Yang menyebabkan nya ialah kelembapan dengan kepentingan sempit kerajaan UMNO. Lembab kerana membiarkan masa 3 minggu untuk tentera Sulu menyesuaikan diri dalam hutan Sabah yang sudah menjadi taman permainan bagi mereka. Kepentingan kerana, ratusan ribu rakyat Filipina dari suku Tausug dan lain2 sudah pun ada dalam negeri Sabah dan mungkin menjadi sleepers yang akan bangkit pada suatu masa yang ditentukan.Mereka ada fixed deposit UMNO yang sejak tahun 1995 memberi kemenangan kepada UMNO dan BN di Sabah.

Tidak ada orang yang siuman yang akan mengecilkan kematian perajurit kita. Kerana lojik asas ini, maka kita mesti waspada dengan kegilaan yang UMNO anjurkan. Mana mungkin ada warga negara Malaysia yang memperkecilkan pengorbadan tentra dan polis kita bila berdepan dengan musuh kita? Mana bukti misalnya, Tian Chua melakukan demikian? Bila masa dia kata VAT69 mati katak? Atau bila masa dia menghina tentera kita?

Ini semua UMNO dan penyokong UMNO yang kata. Mereka ini patut dijel kerana menghasut. Tujuan nya mengalih pandangan dari kegagalan pemimpin UMNO. Jangan kita lupa Hishamudin kata penceroboh orang tua, kain sarong dan slipper, tidak bersenjata dan tak cukup makan. NGO patut mendesak Hishamudin meletakkan jawatan! ini standard menteri kita?

Rakyat Malaysyia kena ingat- isiu nya bukan sama ada Tian Chua menghina atau memperkecilkan perajuriit kita. Isiu nya ialah mengapa kerajaan UMNO membiarkan pencerobohan? Mengapa pengawalan keselamatan negara ini begitu rapuh? Kita nak tanya kerajaan kita mengapa setelah berbelanja berbiliun Ringgit, logistics support kita begitu lemah sehingga kita terpaksa menggunakan pengangkutan Air Asia untuk mengangkut tentera kita?

This is not an all out war tapi hanya pertempuran di suatu theatre sahaja yakni di Lahad Datu dan sebagian kawasan khusus di Sabah. Kalau perperangan yang menyeluruh, kita boleh terima mungkin kita tak cukup kapal terbang dan terpaksa sewa kapal terbang lain.

Tiba2 isiu rekaan mengenai kenyataan Tian Chua menggerhanai isiu pencerobohan akibat kelembapan pemimpin negara dan UMNO. sekarang mengikut propaganda media milik UMNO- isiu nya menjadi isiu Tian Chua menghina tentera Malaysia. Setengah kelompok xenophobic UMNO naik gila babi dan menuntut penghukuman keatas Tian Chua. Bila Tian Chua berkata demikian? Dimana? Ada ditulis dan dicitak? Atau ianya cerita karangan puak UMNO?

Sepatutnya NGO2 buat lapuran polis keatas puak UMNO kerana mengeksploitasi kebimbangan rakyat dan naluri2 terkebawah rakyat.( baser instincts) Puak UMNO menanam kebencian kaum dan menganjurkan rusuhan kaum.

Sekarang kita lihat semua pemimpin UMNO membohongi rakyat. Pemimpin UMNO kecil dan besar rupa2 nya menjadi pengamal propaganda ala Joseph Goebbels. Gobbels ialah menteri propaganda Nazi Germany. Pemimpin UMNO nampaknya mempunyai sifat2 Hitler.

Dalam berita TV3 kita mendapat perkhabaran beberapa NGO membuat lapuran polis terhadap Tian Chua. Tuan Chua dikatakan menghina tentera. Bahkan Tian Chua dikatakan menyebut yang anggota keselamatan kita mati katak.

Dari mana NGO2 ini mendapat cerita bohong ini? Jawapan nya tidak ada di mana2 kerana ianya tidak pernah disebut oleh Tian Chua. Ianya hanya bohong dan tipu yang diulangi oleh pemimpin UMNO kecil dan besar. Prinisp propaganda yang diajar oleh Goebbels ialah:- “If you repeat a lie often enough, it becomes the truth. ” “If you tell a lie big enough and keep repeating it, people will eventually come to believe it. The lie can be maintained only for such time as the State can shield the people from the political, economic and/or military consequences of the lie. It thus becomes vitally important for the State to use all of its powers to repress dissent, for the truth is the mortal enemy of the lie, and thus by extension, the truth is the greatest enemy of the State.”

Pemimpin2 UMNO melakukan kerja klasik Goebbels si Nazi itu- yakni mengeksploitasi seperti yang di lakukan oleh Goebbels, naluri2 paling bawah bangsa Melayu- faham perkauman, prejudis, hasad 


Author:
Sakmongkol AK47 is the nom de guerre of this blogger. His name is Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz. He was ADUN of Pulau Manis, Pekan.( 2004-2008) From 2000-2004, he was Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, under Dato Sri Najib. Studied Economics at University Malaya and University of Manchester(Owens). Sakmongkol was a legendary Muay Thai fighter. AK 47 is the Russian made firearm. He can be reached at the following e mail: ariff.sabri@gmail.com

No comments: